Untuk kedai makan, mamak & kopitiam
Tak payah
jerit order lagi.
Pelanggan order sendiri dari meja, guna telefon mereka. Dapur dapat tiket yang kemas, siap dengan semua nota. Tak ada lagi kertas order hilang.
Cara ia berfungsi
Satu malam di kedai
-
7:42 PM
Meja 7 scan QR
Menu terus terbuka di telefon, dalam BM, English atau 中文. Tak perlu download apa-apa, tak perlu daftar.
-
7:43 PM
Dapur dah tahu
Order terus masuk skrin dapur dengan semua nota: kurang manis, tak nak kacang. Tak ada siapa perlu ke kaunter.
-
7:51 PM
Siap, ke meja yang betul
Tukang masak tekan Siap. Staf depan nampak untuk meja mana, jadi makanan sampai ke meja 7, bukan meja 1.
-
8:20 PM
Bayar di kaunter
Bil dah siap dikira: SST, caj perkhidmatan dan pembundaran tunai semua sekali. Tunai, kad atau e-wallet, macam biasa.
Lepas ni, tak payah lagi
-
Tulis order atas kertas yang selalu hilang.
sekarangOrder masuk dah bertaip, dengan nombor meja dan nota.
-
Jerit "meja tujuh!" ke dapur.
sekarangSkrin dapur berbunyi. Tiket pun boleh dicetak.
-
Cakap "sorry, habis" lepas pelanggan dah tunggu.
sekarangTanda habis sekali, terus hilang dari semua telefon.
-
Kira bil guna kalkulator.
sekarangBil kira sendiri, boleh bahagi ikut kehendak meja tu.
-
Teka berapa jualan semalam.
sekarangJualan ikut hari dan ikut menu, dengan tutup kira yang tepat.
-
Pergi ke meja setiap kali pelanggan nak tambah.
sekarangMereka tambah sendiri guna QR yang sama. Bil yang sama.
Dua pelan.
Satu harga sebulan.
Semua menu, semua staf. Tiada caj setiap order, tiada komisen.
Perlu lebih banyak cawangan? E-mel kami untuk harga kumpulan.
DINEFLOW
langganan
- * Basic: sehingga 25 meja
- * Pro: sehingga 3 cawangan
- * menu & staf tanpa had
- * perbankan dalam talian FPX, kad, pindahan bank atau DuitNow
- * boleh berhenti bila-bila
TERIMA KASIH
Soalan tauke selalu tanya
Pelanggan kena download app ke? +
Tak perlu. Halakan kamera ke QR atas meja, menu terus buka dalam browser.
Saya kena beli apa? +
Tak ada yang istimewa. Tablet atau telefon apa-apa untuk skrin dapur, dan kod QR dicetak sekali. Kedai fotostat pun boleh cetak.
Pelanggan boleh bayar online? +
Belum lagi. Mereka order guna telefon dan bayar di kaunter macam biasa: tunai, kad atau e-wallet.
Macam mana saya bayar? +
Dalam talian dengan perbankan dalam talian FPX atau kad: buat invois dalam DineFlow, bayar, dan bulan langganan anda ditambah serta-merta. Atau melalui pindahan bank atau DuitNow: muat naik resit dan kami luluskan.
Kalau saya tak bayar? +
Selepas tempoh tangguh 7 hari, pelanggan tak boleh order. Menu dan rekod anda kekal, dan semuanya dibuka semula sebaik sahaja anda bayar.
Ada dalam Bahasa Melayu? +
Pelanggan boleh tukar antara BM, English dan 中文. Skrin staf dalam English buat masa ini.
Cuba masa malam paling sibuk.
14 hari percuma. Kalau tak membantu, berhenti saja.